Kambing Dalam Perigi Buta

Ada seekor kambing yang terjatuh ke dalam sebuah perigi buta.

Kambing tersebut mengembek sehingga menarik perhatian orang yang lalu lalang. Orang ramai berfikir bagaimana ingin membantu mengeluarkan kambing tersebut dari perigi buta itu.

Perbincangan mengambil masa berhari-hari. Malangnya mereka tidak menemui cara untuk mengeluarkan kambing tersebut. Akhirnya mereka sepakat untuk mengambus perigi tersebut dengan andaian bahawa kambing tersebut tidak dapat diselamatkan lagi dan perlu dikambus bagi mengelak bau busuk bangkai si kambing.

Penduduk kampung bergotong-royong menimbus perigi buta itu. Sudah jatuh ditimpa tangga, begitulah nasib si kambing. Bukan sekadar terjatuh ke dalam perigi buta, malah ingin dikambus hidup-hidup oleh penduduk kampung.

Pasti tamat riwayat si kambing. Namun kambing tersebut tidak berputus asa. Setiap kali tanah dan pasir dituang ke dalam perigi, kambing tersebut akan menggoyangkan badannya bagi menyingkirkan tanah daripada berkumpul di atas belakang badannya.

Penat kerana tidak makan dan minum selama beberapa hari tidak dipedulikan sang kambing, sebaliknya dia semakin bersemangat. Makin lama makin tinggi timbunan tanah dan makin cerah jugalah harapannya untuk keluar dari perigi tersebut. Akhirnya si kambing terselamat. Dia melompat keluar dengan girang.

Pengajaran daripada kisah ini adalah…

Apabila kita ditimpa kesusahan yang tidak nampak jalan keluarnya, janganlah berputus asa, kerana Allah tidak menurunkan ujian yang tidak kita mampu untuk mengatasinya jika kita redha, bersabar dan berusaha.

Sebagaimana Firman Allah yang bermaksud “Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan.” (Surah Al-Inshirah 94 : Ayat 5-6)

About Nel Fahro-Rozi

I’m an avid reader, prolific wordsmith, cat lover, and passionate foodie and traveler. When I’m not in a world of my own with any of the above, I am an entrepreneur, communicator and writer. View all posts by Nel Fahro-Rozi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: