Sumpah Laknat & Mubahalah

 Di dalam Surah al-Munafiqun ayat 1 – 4 “Apabila orang-orang munafik datang kepadamu, mereka berkata, “Kami mengakui, bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul Allah.” Dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya kamu benar-benar Rasul-Nya, dan Allah mengetahui bahwa sesungguhnya orang-orang munafik itu benar-benar orang pendusta. Mereka itu menjadikan sumpah mereka sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruklah apa yang telah mereka kerjakan. Yang demikian itu adalah karena bahwa sesungguhnya mereka telah beriman, kemudian menjadi kafir (lagi) lalu hati mereka dikunci mati, karena itu mereka tidak dapat mengerti.

Aku ada terbaca, Persatuan Peguam Syarie Malaysia menyatakan bahawa sumpah di dalam Islam memadai dengan melafazkan lafaz sumpah dengan nama Allah iaitu Wallahi, Wabillahi dan Watallahi serta tidak perlu memegang atau mengangkat al-Quran. Ini adalah kerana perbuatan tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam dan budaya tersebut adalah budaya orang Kristian bersumpah dan mereka bersumpah memegang bible.

Mubahalah memerlukan kehadiran kedua-dua pihak yang bertentangan berada di dalam satu majlis. Seorang individu akan melafazkan sumpah dengan nama Allah dan menyatakan bahawa beliau akan dilaknat oleh Allah di dunia dan akhirat sekiranya dia tidak bercakap benar. Sumpah ini kemudiannya akan diikuti oleh satu pihak yang satu lagi yang akan bersumpah dengan nama Allah dan sekiranya beliau tidak berkata benar maka laknat Allat akan turun padanya di dunia dan di akhirat. Dengan kata lain dengan sumpah ini, kedua-dua pihak akan saling sumpah menyumpah dan cabar mencabar supaya diturunkan laknat kepada sesiapa yang berbohong.

Di dalam Islam sumpah seperti ini dibenarkan bagi tujuan untuk membersihkan diri seseorang itu daripada sesuatu tuduhan (tohmah) dan sumpah tersebut dipanggil sumpah tohmah. Sumpah ini sangat besar kesannya kerana dibuat atas nama Allah dan laknat Allah akan menimpa pembuat sumpah tersebut di dunia dan akhirat. Walaubagaimanapun sumpah seperti ini adalah bertujuan semata-mata bagi membersihkan nama seseorang dari sebarang tohmah dan ianya bukan suatu kaedah untuk menuduh orang lain atau mensabitkan seseorang itu bersalah. Ini adalah kerana di dalam Islam serta perundangan negara kita ada kaedah serta undang-undang yang telah digariskan bagi mendakwa seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan.

Di dalam undang-undang Jenayah Syariah, kaedah yang ditetapkan bagi menyatakan seseorang yang dituduh itu melakukan sesuatu kesalahan adalah dengan pihak pendakwa atau orang yang membuat tuduhan mengemukakan bukti ke Mahkamah. Oleh itu, beban untuk membuktikan suatu dakwaan itu adalah terletak kepada orang yang mengemukakan dakwaan, dan mengkehendaki Mahkamah percaya akan kewujudan perkara di dalam dakwaan tersebut.

Ini selaras dengan peruntukan seksyen 73 (1) Akta Keterangan Mahkamah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 yang memperuntukkan – ”Sesiapa yang berhasrat supaya mana-mana Mahkamah memberikan penghakiman tentang apa-apa hak atau tanggungan di sisi undang-undang yang bergantung kepada kewujudan fakta yang ditegaskan olehnya, mestilah membuktikan fakta itu wujud.”

Selanjutnya Akta yang sama menyatakan cara memberikan keterangan di dalam kes-kes jenayah syariah, keterangan hendaklah diberikan oleh pendakwa dan tertuduh, melainkan jika tertuduh mengaku salah. Seksyen 87 (3) Akta Keterangan memperuntukkan bahawa – ”Dalam kes jenayah, keterangan hendaklah diberikan bagi pendakwa dan bagi tertuduh melainkan jika tertuduh mengaku salah.”

Oleh yang demikian, sesuatu dakwaan terhadap sesuatu kes itu hendaklah dibuktikan ke Mahkamah melalui proses pendakwaan oleh pihak yang mendakwa. Adalah menjadi beban kepada pihak yang mendakwa untuk membuktikan segala dakwaan atau tuduhan di Mahkamah.

Sesuatu dakwaan atau pertuduhan tersebut hendaklah dibuat di Mahkamah dan bukannya di tempat-tempat awam atau di Masjid. Ini adalah kerana masjid adalah tempat yang suci untuk umat Islam beribadat dan bukannya menjadi tempat atau gelanggang bagi menyatakan kebenarannya sesuatu dakwaannya itu adalah benar.

Orang mendakwa perlu mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaannya samada bukti tersebut adalah berbentuk saksi yang memberikan keterangan atau dokumen sebagai contoh laporan perubatan. Ini adalah penting bagi menyokong dakwaannya dan bukannya hanya bersumpah.

Di dalam prinsip keterangan Islam sumpah sebenarnya terletak kepada pihak yang kena dakwa dan bukannya orang yang mendakwa selari dengan prinsip Islam iaitu ”Keterangan pada pihak yang mendakwa dan sumpah kepada pihak yang mengingkarinya.”

Di dalam jenayah Islam kes-kes yang melibatkan qisos seperti membunuh para fuqaha masih tidak sepakat dalam menerima sumpah sebagai dalil mensabitkan jenayah.

Imam Malik, Syafie dan Ahmad berpendapat, sumpah diterima oleh Islam sebagai dalil atau bukti jenayah ke atas tertuduh jika tiada bukti lain, atau bukti tidak cukup. Sedangkan Imam Abu Hanifah berpendapat sumpah bukan suatu bukti atau dalil mensabitkan jenayah, tetapi satu cara bagi menafikan tuduhan yang dibuat oleh pendakwa ke atas tertuduh.

Jenayah qisos yang dibolehkan bersumpah dalam mensabitkan jenayah hanyalah dalam jenayah membunuh sahaja. Dalam kes-kes yang melibatkan hudud (zina, qazaf (menuduh zina), minum arak, mencuri, samun, memberontak dan murtad), sumpah hanya diterima sebahagian kecil ulama’ dalam kes-kes tertentu seperti qazaf dan mencuri sahaja.

Manakala di dalam kes qazaf (menuduh zina), menurut Mazhab Shafie, sekiranya pendakwa tidak mempunyai apa-apa keterangan atau tidak cukup bukti, maka tertuduh boleh diminta bersumpah menafikan dakwaan itu. Jika tertuduh bersumpah, maka gugurlah dakwaan itu. Walaubagaimanapun, Imam Malik dan Ahmad tidak menerima langsung sumpah sebagai satu bukti mensabitkan kesalahan qazaf.

Di dalam kes melibatkan curi, menurut Mazhab Shafie, sekiranya kesalahan mencuri tidak dapat dibuktikan maka pihak tertuduh boleh diminta bersumpah. Jika tertuduh enggan, pihak yang kena curi boleh bersumpah al-yamin al-mardudah. Tetapi pandangan ini tidak diterima oleh mazhab-mazhab yang lain.

Imam Malik, Abu Hanifah dan Ahmad berpendapat sumpah hanya boleh diterima dalam kes-kes mal atau sivil sahaja. Dalam kes-kes mal atau sivil, yakni yang melibatkan yakni yang melibatkan pertikaian suami isteri atau rumahtangga, atau perebutan harta, sumpah perlu dilakukan dalam Mahkamah setelah diperintahkan oleh Hakim untuk berbuat demikian.

Seksyen 87 (1) dan (2) Akta Keterangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan 1997 memperuntukkan:- “Dalam kes mal, keterangan hendaklah diberikan oleh Plaintif dan Defendan, dan jika Defendan menafikan tuntutan terhadapnya, dia hendaklah dikehendaki mengangkat sumpah mengikut Hukum Syarak.”

”Jika Defendan mengangkat sumpah di bawah subseksyen (1), tuntutan yang dibuat oleh Plaintif hendaklah ditolak.”

”Jika Defendan enggan mengangkat sumpah, maka Mahkamah bolehlah meminta Plaintif mengangkat sumpah dan dengan sumpah itu tuntutannya hendaklah diterima.”

PGSM berpendirian bahawa di dalam kes-kes yang melibatkan jenayah syariah seperti liwat, khalwat serta persetubuhan luar nikah hendaklah dibuktikan oleh pihak pendakwa di Mahkamah dan pihak yang dituduh boleh untuk menafikan tuduhan tersebut melalui keterangan dan boleh bersumpah sekiranya diperintah oleh Hakim berbuat demikian. Namun demikian sumpah tersebut tidak mengikat hakim di dalam membuat keputusan sabitan kesnya.

Sumber: Persatuan Peguam Syarie Malaysia

About Nel Fahro-Rozi

I’m an avid reader, prolific wordsmith, cat lover, and passionate foodie and traveler. When I’m not in a world of my own with any of the above, I am an entrepreneur, communicator and writer. View all posts by Nel Fahro-Rozi

2 responses to “Sumpah Laknat & Mubahalah

  • Nel Fahro-Rozi

    Beberapa Mufti sependapat bahawa sumpah laknat Eskay itu amat bertentangan dengan Islam.

    1). Mufti Selangor Datuk Seri Mohd Tamyes menyebut, ” seseorang yang menuduh individu lain melakukan perbuatan zina layak mendapatkan 4 orang saksi yang adil, tidak fasiq dan tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk. tetapi tidak layak melakukan sumpah laknat”.

    2). Mufti Perak Tan Seri Harussani pula berkata, ” Sepatutnya, selepas dia (Eskay) membuat tuduhan orang itu (Anwar) berzina, perlu kemukakan bukti bukannya bersumpah. “Menuduh orang itu berzina bermakna Qazaf, Qazaf ini bukannya bersumpah tetapi bawa bukti (saksi). “Cara yang dilakukan oleh Eskay itu membabitkan pertuduhan zina antara suami dan isteri”.

    3). Seorang lagi Pendakwah Bebas, Ustaz Md Daud Che Ngah pula berkata, “Berdasarkan Al-Quran sumpah laknat hanya boleh dilakukan oleh suami dan isteri sahaja”. “Dalam isu sumpah laknat Eskay semalam, langsung tiada kena mengena kerana apa yang dilakukannya adalah pembohongan bersifat fitnah dalam masjid”.

    4). Kenyataan Jamil Khir, Menteri bertaraf Ulama. menyebut, “Sumpah laknat Eskay adalah hak peribadi individu perpegang kepada katanya sebelum ini”.

    Apabila ditanya oleh wartawan, adakah perbuatan Eskay itu menyalahgunakan masjid, Jamil Khir menjawab, tidak.. “Ini kerana sebaik-baik tempat untuk berbincang dengan orang ramai di masjid”.

  • Nel Fahro-Rozi

    The “Datuk T” trio who attended a sumpah laknat ceremony by one their own had defiled the mosque where it was held by entering in bulletproof vests, claims retired senior cop Datuk Mat Zain Ibrahim.

    The former city criminal investigation chief said today that “Datuk T” created the perception that the situation in the Masjid Amru Al-As, Sentul was unsafe.

    “It was as if they would be hurt or shot in a mosque. In fact, they should know that even the Malay Rulers do not wear bulletproof vests when they enter any mosque in the country.

    “This act has defiled the holiness of the mosque and insulted Islam,” he said in a letter sent to editors today.

    He said the trio — businessman Datuk Shazryl Eskay Abdullah, former Malacca Chief Minister Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik and Perkasa treasurer-general Datuk Shuib Lazim — had run afoul of Section 295 of the Penal Code.

    “As with the offence of screening the obscene video under Section 292, this is also an open-and-shut case. In my opinion, they have no defence,” Mat Zain wrote.

    A sex video allegedly featuring Datuk Seri Anwar Ibrahim was first screened to journalists by a mysterious “Datuk T” at the Carcosa Seri Negara hotel on March 21, but has now leaked onto the Internet.

    The trio later claimed joint-responsibility for the video, before Shazryl took the oath on April 29 on behalf of the group that the opposition leader was the man in the video.

    Shazryl had invited Anwar to join him during the oath-taking but the latter ignored the challenge.

    Section 295 states that “whoever defiles any place of worship, with the knowledge that any class of persons is likely to consider such defilement as an insult to their religion” will be jailed for up to two years and/or fined.

    Mat Zain, who headed the 1998 police probe into Anwar’s black-eye case, claimed that Shazryl’s actions conveyed the message that he felt more at ease and safer in a brothel than in a mosque.

    “He didn’t need to wear a bulletproof vest then,” he said of Shazryl’s own admittance that he was the third person who was seen in the 21-minute sex video.

    “Instead, at the mosque, he not only needed a bulletproof vest but a few armed bodyguards as well,” he said.

    Mat Zain called on the government to take action over the trio or lose any justification for taking action against others who might defile or insult Islam.

    “In this situation, the prime minister has no choice but to act according to the rule of law. But it us up to him whether to protect Eskay, Rahim and Shuib from the law or protect and defend Islam itself,” he said.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: