Senyuman Dari Ibuku

Aku pernah mendengar ceramah di IKIM FM91.50, bahawa tanggungjawab seorang anak kepada ibubapanya tidak pernah terputus.

Tanggungjawab ini dituntut oleh Allah, walaupun mereka tidak menjalankan tanggungjawab mereka kepada anaknya, atau tidak adil kepada anaknya, atau pernah menyakiti anaknya, atau tidak menerima anaknya sebagai seorang anak sekalipun. 

Melalui ibubapa kita lah kita semua lahir ke dunia dan menikmati kehidupan. Bagaimana pun kehidupan dan layanan yang  diberikan oleh kedua ibu bapa kita, kita harus redha dan menerima kekurangan mereka seadanya. 

Samada ibubapa kita telah melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap kita dengan sebaiknya, ianya adalah perhitungan mereka dengan Allah. Bukan perhitungan mereka dengan kita. Samada kita telah melaksanakan tanggungjawab kita terhadap ibubapa kita dengan sebaiknya, ianya adalah perhitungan kita dengan Allah.

Begitulah hak kedua ibu bapa kita kepada kita. Mashaallah! 

Sebagai anak yang sulung, pada usia yang muda, iaitu sebaik sahaja aku mula bekerja, aku sudah disandarkan dengan tanggung jawab kepada adik-adik, membantu ibubapa ku memastikan adik-adik berpendidikan tinggi, dan mempunyai masa depan yang cerah.

Gaji aku ketika itu agak kecil dan dibebankan pula dengan tanggungjawab yang besar. Jadi, masalah kewangan sering menjadi punca pergaduhan di antara aku dan bekas suami yang juga tidak bergaji besar ketika itu, kerana kami masing-masing baru saja memulakan kareer dan kami baru memasuki alam perkahwinan.  Walaupun perkahwinanku berakhir dengan perceraian, aku berasa lega apabila kedua-dua adikku tamat belajar dan mula bekerja.

Jika aku fikir tanggungjawabku sudah selesai apabila adik-adik telah tamat belajar, mendapat ijazah, bekerja dan kemudian memiliki perniagaan sendiri, maka aku telah tersilap. Belum lagi rupanya.

Walaupun adalah merupakan tanggungjawab anak-anak lelaki untuk menjaga dan menyara ibubapa, terutama ibu, tetapi sehingga kini, aku masih menanggung sara hidup ibuku, dan perbelanjaan keluarga kerana adik-adik terikat dengan tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Setiap kali ada keperluan kewangan, maka akulah sasaran pertama ibuku, bukan adik-adikku.  Sungguh berat mulut ibuku untuk meminta apa-apa daripada adik-adikku. Tetapi tidak pula dengan diriku. Mungkin ibu sudah terbiasa dengan keadaan ini dan take me for granted.  Begitu juga adik-adik. Dan mungkin kerana aku single, walaupun bukan atas kehendakku, maka persepsi mereka adalah aku kurang tanggungjawab dan dengan itu, aku disandarkan tanggungjawab itu.

Aku juga ingin peluang untuk mengumpulkan simpanan untuk hari tua, lebih-lebih lagi aku tidak berkahwin dan tidak mempunyai anak. Tetapi kerapkali aku tidak dapat menyimpan wang kerana setiap bulan ada sahaja yang perlu aku keluarkan duit. Terkilan rasa untuk aku menghampakan permintaan ibuku dan melihatnya tidak gembira. Kadang-kadang rasa bagaikan duit mengalir keluar dari poket seperti air pula. Cemas bila aku fikirkan!

Mahu tak mahu, terpaksalah aku mengikat perut dan membuat forced saving melalui insurance, endowment plan, unit trust dan instrumen pelaburan yang mana aku tidak boleh mengeluarkan wang tersebut dengan mudah, terutamanya dalam jangkamasa terdekat.  Kerana, kalau boleh dicapai dengan mudah duit yang tidak seberapa itu, tentu cepat haus.

Kadangkala,  apabila aku menurut hati dan emosi, aku berrasa ibuku sungguh tidak adil terhadapku.  Tetapi, apabila tersedar, maka aku pun bersabar. Apa nak buat, aku redha dan terima saja lah keadaan ini dengan tawakkal dan berserah kepada Allah.

Dan aku memohon ampun daripada Allah setiap kali rasa tidak puas hati ini timbul di benak hatiku.

Kerana banyak mana pun duit yang aku belanjakan untuk ibuku, memang tidak akan cukup untuk membalas jasanya membesarkan aku.  Dan aku hanya mempunyai seorang ibu sahaja di dunia ini, dan tidak boleh ditukar ganti, seperti juga ayahku, hanya seorang.

Namun, Alhamdulillah, nasib baik rezekiku juga semakin bertambah, walaupun permintaan ibuku semakin bertambah, dan pada masa yang sama aku menyumbang sedikit duit saraan kepada bapaku – sebagai anak, tanggungjawabku tidak terputus walaupun dia tidak membesarkan aku setelah dia berpisah dan kemudian bercerai dengan ibuku.

Mungkin itulah keadilannya yang datang daripada Allah. Inshaallah.

Dengan itu, hanya keampunan dan restu ibuku terhadapku sahaja lah yang aku harapkan. Dan sebuah pengertian, dan senyuman dari ibuku yang bermakna dia telah redha terhadapku. Inshaallah. Happy Mother’s Day!

Happy Mother's Day!

Senyuman Dari Ibuku

 Maafkan Aku ibu
Aku tak bisa hadirkan sepercik sinar
Aku tak bisa seperti mereka
Yang bisa berikan segalanya
Sinarku terlalu suram
Tuk sekedar berikan kebahagiaan.

Maafkan aku ibu
Ku tak punya sayap tuk membawamu terbang
Tuk menggapai indahnya hidup
Aku hanya punya kaki
Yang hanya bisa bawamu berlari
Tuk menggapai semua itu.

Meski banyak tetes keringat mengalir
Atau bahkan darah sekalipun
Langkahku takkan pernah terhenti.

Alangkah bahagianya aku jika setiap tetesan keringatku
di bayar dengan sebuah sunyuman dari ibuku.

(Penulis puisi ini tidak diketahui siapa)

About Nel Fahro-Rozi

I’m an avid reader, prolific wordsmith, cat lover, and passionate foodie and traveler. When I’m not in a world of my own with any of the above, I am an entrepreneur, communicator and writer. View all posts by Nel Fahro-Rozi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: