Monthly Archives: May 2011

Our deepest fear

“Our deepest fear is not that we are inadequate. Our deepest fear is that we are powerful beyond measure. It is our light, not our darkness that most frightens us. We ask ourselves, Who am I to be brilliant, gorgeous, talented, fabulous? Actually, who are you not to be?

“You are a child of God. Your playing small does not serve the world. There is nothing enlightened about shrinking so that other people won’t feel insecure around you. We are all meant to shine, as children do. We were born to make manifest the glory of God that is within us. It’s not just in some of us; it’s in everyone. And as we let our own light shine, we unconsciously give other people permission to do the same. As we are liberated from our own fear, our presence automatically liberates others.”

(Marianne Williamson)

Advertisements

Petua Untuk Menghilangkan Rasa Sunyi di Hati

Apabila bersendirian, hati sering dilanda sunyi dan sayu, bahkan tidak keruan jadinya. Sepi barangkali menghantui diri apabila terkenangkan seseorang yang pernah menghuni di hati.

Khusus untuk kekasih, isteri atau suami yang baru ditinggalkan atau yang masih membujang, kesepian itu sering mengundang perasaan bukan-bukan.

Puas melakukan sesuatu diharap mampu melupakan hal menyakitkan, pedih yang masih bersisa di ulu hati dan seribu satu gelodak di jiwa ada kalanya membuatkan diri hilang fokus dalam pelbagai perkara.

Jika anda masih sukar menepis rasa sepi, cuba kaji diri untuk melakukan perkara berikut:

Maha Pencipta
Kembalilah kepada Pencipta. Mohonlah petunjuk daripada-Nya supaya perkara lalu itu dapat mematangkan diri. Kita juga lebih berhati-hati dalam menjalani hidup ini dengan lebih tabah dan kuat. Ingatlah setiap kejadian yang Tuhan cipta mesti bersebab dan jadikan ia sebagai kayu pengukur keimanan kita terhadap-Nya.

Perbaiki Diri
Jangan sesekali anda berubah kerana ingin memenuhi tuntutan bekas kekasih, tetapi apa yang wajar dilakukan adalah memperbaiki diri daripada pelbagai aspek misalnya kerjaya dan kewangan serta bina keyakinan diri yang mantap demi masa depan lebih stabil. Ketahuilah apabila anda sudah takluki semua perkara yang dinyatakan dengan keadaan yang baik, di situ juga anda mungkin akan mudah dikelilingi ramai teman wanita atau lelaki yang suka mengambil kesempatan ke atas diri anda.

Bercuti
Semasa berpasangan, percutian biasanya perkara yang agak merumitkan. Untuk bercuti bersama, terdapat pelbagai perkara yang perlu diambil kira seperti cuti tahunan, pakaian pasangan, perbelanjaan dan destinasi. Semua ini harus menepati cita rasa anda, pasangan dan anak. Lazimnya, hanya beberapa hari saja dalam setahun yang sesuai untuk anda berdua atau anak. Namun, ketahuilah ketika anda berseorangan, bila-bila masa saja anda boleh pergi bercuti tanpa perlu merujuk sesiapa.

Jumpa Kawan
Seperti kebanyakan lelaki atau wanita, apabila bercinta mereka akan meninggalkan kawan rapat. Bukan lupa, tetapi tidak cukup masa sebenarnya. Sekarang waktu paling sesuai untuk anda mengambil peluang ini menggamit kembali saat bebas ketika bersama mereka. Sudah pasti anda tidak akan dikecewakan malah anda juga akan mendapat layanan mesra daripada mereka kerana mereka sudah lama tidak bersua muka dengan anda.

Bersenam
Ketika bercinta, tengok wayang, membeli-belah, jalan-jalan, minum dan makan malam itu antara sebahagian besar yang memenuhi diari kehidupan lalu. Namun, ketahuilah perkara yang lepas mungkin tidak akan sama dengan perkara yang sedang anda alami ketika ini. Apa kata anda lakukan senaman? Ketahuilah ini masanya anda membuang toksik dan lemak yang sudah lama terkumpul di dalam badan. Aktiviti riadah juga memungkinkan anda berpeluang bertemu dengan wanita atau lelaki yang lebih baik.

Kembali Nakal
Zaman kanak-kanak adalah saat yang paling indah dan menyeronokkan. Bagi orang dewasa yang sudah melupakan zaman kanak-kanak, kebiasaannya mereka tidak ceria dan tidak mempunyai nilai jenaka. Sesetengah wanita pula tidak suka lelaki yang nakal kerana rasa dirinya tercabar. Sebab itu ramai lelaki biasanya cuba mengawal perasaan mereka dan bersifat kaku seketika apabila bersama teman wanita. Apabila kembali solo, peluang untuk anda melakukan aktiviti sewaktu bujang dahulu boleh dilakukan. Bagi wanita, apabila keadaan emosi sudah stabil kembali, kebanyakan mereka suka membeli-belah.

Bermesra bersama Keluarga
Hubungan dengan keluarga biasanya tidak seerat dulu lebih-lebih lagi apabila kita sudah berumah tangga atau bersama kekasih. Keluarga pula mula jatuh pada ranking kedua manakala pasangan diberi lebih tumpuan.

Sumber: Ensaiklopedia Petua Melayu Lama


Feeding the hungry

For the first time in my life, I volunteered at a soup kitchen in feeding the city’s homeless and destitute last week on Friday night, together with my two travel friends from Poland, Kasia Wanat and Aga Ulbrych who made a stop over in Malaysia en route to Bali. It was a humbling experience, and the reward is the joy of giving two hours of my time and energy to put a smile on their faces as the food keeps them from being hungry.

I stumbled upon PERTIWI Soup Kitchen on Facebook last week on Thursday, and decided to volunteer after being inspired by my ex-colleague, Farah Delah Suhaimi Doshi who has started the same for some time. Kasia and Aga, whom I was hosting at my house, got excited too, and they came along with me to the food distribution location just behind Tune Hotel on Jalan Sultan Ismail. This is the first stop. The second stop is behind Kotaraya, next to McDonald’s and in front of Mydin’s open car park.

The soup kitchen is created by the good women of the Pertubuhan Tindakan Wanita Islam (PERTIWI). A soup kitchen provides meals for the destitute who are very needy. In this case, it is the homeless in Kuala Lumpur, regardless of age, gender, religion, race or nationality. PERTIWI Soup Kitchen van, donated by the Rotary Club, makes two rounds every week, namely Mondays, Wednesdays, Fridays and Sundays.

I’m hoping to do this once a week, mostly on Fridays. Come join me!

I’m sharing a video produced by one of the volunteers for her academic project. If you are interested to offer donations (either monetary or food items) or your help, please refer to the ending credits of the video.

PERTIWI Soup Kitchen from Tristan Toh on Vimeo.


Sitting is killing you

Sitting is Killing You
Via: Medical Billing And Coding


One hour past midnight

It’s one hour past midnight. A brand new day has just begun. Alhamdulillah. I am happy, because Allah has given me another day. Another day to do the things I want to do. Thank you Allah. Blessings to everyone.


Canned sardines in olive oil and chillies

Today, I was having canned sardines in olive oil and chillies, with wholemeal bread for lunch. Suddenly I missed my dad.

Once upon a time, we were one happy family. My mom, my dad and my two small brothers. We used to go for picnics on weekends at the lake gardens or at the beach or at waterfalls.  My dad would bring canned Norwegian salmon and sardines in olive oil, and we will eat with bread.

It was a really happy time, and I savoured those blissful moments until I grow up.

Whenever I see Norwegian salmon and sardines in olive oil, I will remember my dad.

Unfortunately, happily ever after is now only once upon a time. I lost my dad when I was 13 when my parents divorced. I felt very betrayed when he left us to marry a second wife. 

My parents kept fighting over the other woman. Eventually  I saw less and less of my dad.

When I was 15, he totally stopped coming home to see us, and we didn’t hear any news from him at all. My parents divorced when I was 17. 

As a single mom, my mom raised the three of us single handedly because my dad was never around, as he was busy with his new family, and we were neglected, without a single cent from him. Times were really hard for us back then.  

I met my dad again when I got married in 1995.  In fact, I looked up for him as he is my wali, and must give me away at my wedding. I also insisted that he hosted my wedding together with my mom. I had a lot of resistance from my parents and the relatives initially but I was very head strong and I went ahead with it anyways. Fortunately, my parents became friends after my wedding, and are no longer as hostile as they were once.  Alhamdulillah. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu adalah kemudahan.

Unfortunately, my marriage only lasted for seven years. My ex-husband left me for another woman. He said I have always been his ideal. But his ideals changed. And I didn’t fit into his new ideal anymore.

When I divorced in 2003, my dad cried with me.  I don’t know why he said he was sorry that I had paid for his mistakes and he felt responsible for my divorce. But I guess, that opened the door between us. After that, I see my dad often and we became closer and closer. Alhamdulillah.

I’m also taking another step in reconnecting the family ties. I’m getting to know my four half siblings, because I believe, blood is thicker than water. Air dicincang tak akan putus. No matter what happened, they are my family too, irregardless of the past.

We cannot possibly return to undo the past. Neither can we make up for the lost relationship and the missing years between us. However, we can create new relationships that are meaningful, and make the remaining years that we are alive, count. Inshaallah.


Terbunuh kerana operasi cegah maksiat?

 
Petikan daripada Malaysian Insider berkenaan operasi pencegahan maksiat yang agak terlampau oleh pihak berkuasa.  
 
Terbunuh kerana operasi cegah maksiat? — Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin
 
18 MEI, 2011 — Soalan: Dr Asri, semalam ada berita seorang telah terjatuh mati kerana lari dari intipan pihak pencegah maksiat sebuah jabatan agama. Bolehkah perkara macam ini berlaku. Bolehkah kita cegah maksiat sehingga menyebabkan orang mati? Minta tolonglah Dr Asri huraikan kes ini.

Kenali mangsa, KL.

Jawapan: Ya, saya berdukacita dengan berita kematian seorang individu kerana lari daripada intipan pihak pencegah maksiat yang cuba menangkapnya kerana khalwat. Kes ini bukan yang pertama. Sudah berapa banyak kes yang sama berlaku dalam negara kita. Walaupun sudah kritikan dibuat, tetapi hal ini tetap berulang. Apabila berita tersebar dalam media, ia telah memalukan keluarga mangsa, memberikan mesej yang salah mengenai Islam kepada bukan muslim dalam negara ini, yang sememangnya telah lama salah faham disebabkan tindakan masyarakat muslim itu sendiri.

Di sini saya suka menyebut beberapa perkara secara umum mengenai kes-kes yang telah berlaku;

1.    Mana-mana pihak tidak boleh menuduh mangsa atau terlibat sebagai berzina, kerana tuduhan zina memerlukan empat orang saksi yang lihat secara jelas berlakunya zina, bukan sekadar berdua-duanya, atau berpelukan atau seumpamanya. Jika tidak, penuduh di bawah hukum qazaf. Jika tiada bukti jelas, paling tinggi yang boleh dituduh berkhalwat, bukan berzina.

2.    Islam tidak cenderung menghukum dan membongkar maksiat peribadi sekalipun pelakunya mengaku. Islam cenderung agar pelakunya bertaubat dan menutup keaiban dirinya.

Dalam riwayat Muslim, seorang lelaki datang kepada Rasulullah dan berkata: “Wahai Rasulullah, aku mengubati seorang wanita di hujung bandar. Aku telah melakukan kepadanya (seks), cuma aku tidak menyetubuhinya. Inilah aku, maka hukumlah aku apa yang engkau mahu. Lalu ‘Umar (Ibn Khattab) berkata kepadanya: “Allah telah tutupi keaibanmu jika engkau menutupi dirimu”. Nabi s.a.w tidak berkata apa-apa. Lalu lelaki itu bangun dan pergi. Nabi s.a.w menyuruh seorang lelaki memanggilnya dan membaca kepadanya firman Allah (maksudnya) “Dan dirikanlah sembahyang pada dua bahagian siang (pagi dan petang), dan pada waktu-waktu yang berhampiran dengannya dari malam. Sesungguhnya kebaikan itu menghapuskan kejahatan. Perintah-perintah Allah Yang demikian adalah menjadi peringatan bagi orang-orang Yang mahu beringat” (Surah Hud ayat 114).

Maka ada seorang bertanya: “Wahai Nabi Allah, ini khas untuknya sahajakah?

Jawab Nabi s.a.w: “Bahkan untuk manusia keseluruhannya”.

3.    Khalwat (bersendirian) dengan bukan mahram memang suatu kesalahan. Namun, ada beza antara mereka yang secara terang bermaksiat dengan yang cuba bersembunyi. Ini yang disebut oleh Rasulullah s.a.w:

“Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menzahirkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Ini kerana yang cuba sembunyikan dosa –sekali sedang maksiat- masih lagi mempunyai nilai malu dan menjaga maruah diri dan keluarganya.

4.    Apa yang peliknya dalam negara kita, maksiat yang jelas, berpelukan lelaki dan perempuan dalam filem, atas pentas lakonan, pentas seni dibiarkan oleh pihak berkuasa pencegah maksiat, sehingga ada isteri orang besar pun yang memeluk artis luar negara di hadapan umum, dibiarkan, yang sembunyi dicari dan diburu.

5.    Al-Quran melarang perbuatan mengintip bagi mencari maksiat peribadi yang bukan jenayah awam.

Firman Allah dalam Surah al-Hujurat ayat 12: (maksudnya) “Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang.”

Al-Imam al-Tabari (meninggal 310H telah menghuraikan dengan jelas maksud ayat ini. Antaranya: wala tajassasu bermaksud jangan kamu mencari keaiban satu sama lain, jangan kamu mencari rahsia-rahsianya dengan tujuan untuk mengetahui kecacatannya. Namun berpadalah dengan apa yang nyata dari dirinya. Nilailah dia atas asas tersebut sama ada baik atau buruk. Jangan kamu mencari kesalahannya.

Kata Ibn ‘Abbas: “Allah melarang orang mukmin daripada mencari keburukan-keburukan mukmin yang lain.

Kata Mujahid: “Ambillah apa yang nyata, dan tinggalkan apa yang Allah tutup”.

Kata Qatadah: Tahukah kamu apa itu tajassus? Iaitu kamu mencari-cari keaiban saudaramu untuk mengetahui rahsianya.

Kata Ibn Zaid: “Tajassus itu kamu berkata: sehingga aku dapat lihat kesalahan itu, aku bertanya mengenainya untuk mengetahui adakah benar atau tidak” (al-Tabari, Tafsir al-Tabari, tahzib: Dr Salah al-Khalidi, 7/40-41 Damsyik: Dar al-Qalam (1997)

6.    Justeru itu, para ulama sejak dahulu telah melarang mengintip untuk mencegah maksiat. Hal ini telah saya sebut berulang kali. Sikap suka mengintip inilah juga yang mencetuskan kontraversi ‘video seks’ yang jika dibenarkan agar menjadi trend yang digunakan oleh pelbagai untuk menjatuh pihak yang lain.

Hal ini telah ditegaskan oleh al-Imam al-Ghazali dalam Ihya ‘Ulum al-Din: “Hendaklah kemungkaran tersebut zahir (jelas) kepada ahli hisbah (pasukan pencegah mungkar) tanpa perlu melakukan intipan. Sesiapa yang menutup sesuatu kemaksiatan di dalam rumahnya, dan mengunci pintunya maka tidak harus untuk kita mengintipnya. Allah Ta’ala telah melarang hal ini.

Kisah ‘Umar dan ‘Abd al-Rahman bin ‘Auf mengenai perkara ini sangat masyhur. Kami telah menyebutnya dalam kitab Adab al-Suhbah (Adab-Adab Persahabatan). Begitu juga apa yang diriwayatkan bahawa ‘Umar r.a. telah memanjat rumah seorang lelaki dan mendapatinya dalam keadaan yang tidak wajar.

Lelaki tersebut telah membantah ‘Umar dan berkata: “Jika aku menderhakai Allah pada satu perkara, sesungguhnya engkau telah menderhakaiNya pada tiga perkara. ‘Umar bertanya: “Apa dia?”.

Dia berkata: Allah ta’ala telah berfirman (maksudnya: Jangan kamu mengintip mencari kesalahan orang lain). Sesungguhnya engkau telah melakukannya.

Allah berfirman: (maksudnya: Masukilah rumah melalui pintu-pintunya). Sesungguhnya engkau telah memanjat dari bumbung.

Allah berfirman: (maksudnya: janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya). Sesungguhnya engkau tidak memberi salam.

Maka ‘Umar pun meninggalkannya.

Maka ketahuilah bahawa sesiapa yang mengunci pintu rumahnya dan bersembunyi di sebalik dindingnya, maka tidak harus seseorang memasuki tanpa izin daripadanya hanya kerana ingin mengetahui perbuatan maksiat. Kecuali jika ia nyata sehingga diketahui oleh sesiapa yang berada di luar rumah tersebut..”(Al-Ghazali, Ihya ‘Ulum al-Din, 3/28, Beirut: Dar al-Khair 1990).

7.    Dr Yusuf al-Qaradawi membuat tegasan yang sama: “Kemungkaran itu mesti nyata dan dilihat. Adapun jika pelakunya melakukannya secara sembunyian dari pandangan manusia dan menutup pintu rumahnya, maka tidak seorang pun boleh mengintipnya atau merakamnya secara diam-diam dengan menggunakan alat elektronik atau kamera video atau menyerbu rumahnya untuk memastikan kemunkarannya.

Inilah yang ditunjukkan pada lafaz hadis “barangsiapa yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya.”

Dikaitkan kewajipan mengubah itu dengan melihat atau menyaksikan kemunkaran. Tidak dikaitkan dengan mendengar tentang kemunkaran dari orang lain. Ini kerana Islam tidak menjatuhkan hukuman kepada orang yang mengerjakan kemungkaran secara bersembunyi dan tidak menampakkannya.

Diserahkan hanya kepada Allah untuk menghisabnya pada hari kiamat. Hisab ini bukan menjadi wewenang seseorang di dunia. Sehinggalah dia melakukannya secara terang-terangan dan menyingkap keaibannya.

Bahkan hukuman ilahi itu lebih ringan bagi orang menutupi kemungkarannya dengan menggunakan tabir Allah dan tidak menampakkan kederhakaannya sebagaimana yang disebutkan dalam hadith sahih: (bermaksud):”Setiap umatku diberikan keampunan kecuali orang-orang yang menampakkan (dosanya)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru, tiada seorang pun mempunyai wewenang untuk menjatuhkan hukuman terhadap kemungkaran-kemungkaran yang dilakukan secara sembunyian. (Al-Qaradawi, Min Fiqh al-Daulah fi al-Islam, m.s. 124, Kaherah: Dar al-Syuruq).

8.    Maka, tindakan mana-mana pasukan pencegah maksiat peribadi seperti khalwat, minum arak dalam keadaan sembunyi sehingga menyebabkan kematian adalah satu dosa.

Maka anggota operasi perlulah didakwa dan dibicara atas tuduhan menyebabkan kematian. Mereka ini telah menyebabkan mungkar yang lebih besar iaitu kematian kerana ingin mencegah kemungkaran kecil iaitu ‘khalwat’ dan menggunakan kaedah pencegahan yang dilarang oleh agama iaitu mengintip.

* This is the personal opinion of the writer or publication. The Malaysian Insider does not endorse the view unless specified.